Khamis, 21 Ogos 2014

1. PENYEDIAAN WASIAT

 

Apa itu Wasiat?


 

 

Wasiat ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya untuk disempurnakan sebagaimana yang dibenarkan oleh Hukum Syarak selepas KEMATIAN.

 
 

 

Mengapa Tulis Wasiat?


  1. Melantik Pentadbir Harta Pusaka (WASI) & Penjaga Harta
  2. Mempercepatkan proses perundangan (Probet & Sijil Faraid)
  3. Melunaskan hutang-piutang (dunia dan akhirat)
  4. Mengagihkan 1/3 daripada harta kepada bukan waris
  5. Menyampaikan pesanan & harapan Pewasiat
 
 

Siapa Perlu Menulis Wasiat?



Tanpa sebarang wasiat, harta pusaka akan dibahagikan mengikut Faraid atau mengikut persetujuan waris. Tanpa wasiat, ia bererti anda akan menyerahkan segala harta yang telah dikumpulkan dengan usaha dan titik peluh anda ditadbir oleh orang lain setelah anda tiada lagi. 

Adakah waris anda tahu bagaimana unttuk mentadbir harta pusaka?

Adakah mereka mudah untuk melantik seseorang di kalangan mereka untuk mentadbir harta pusaka tersebut?
Adakah waris akan menyelesaikan segala hutang anda dahulu?
Adakah waris akan mewakafkan sebahagian daripada harta tersebut supaya anda mendapat saham akhirat?
Adakah waris anda akan memberikan sumbangan kepada orang lain yang telah membantu anda selama ini?
 
Harta anda - andalah yang patut membuat perancangan tentang pembahagiannya. Caranya adalah dengan meninggalkan Wasiat!
 
Ini adalah kerana Wasiat akan membolehkan golongan bukan waris Faraid mendapat manfaat daripada harta pusaka anda. (Terhad kepada 1/3 daripada keseluruhan harta - lebih 1/3 tertakluk kepada persetujuan waris) Contoh golongan bukan waris Faraid adalah seperti berikut:-

  • Cucu
  • Anak Tiri
  • Anak Angkat
  • Ibubapa Tiri
  • Ibubapa Angkat
  • Sahabat Karib
  • Masjid dan Surau
  • Institusi Pembelajaran (Tahfiz/KAFA)
  • Organisasi Kebajikan
  • Rumah Anak Yatim
  • Ibubapa Bukan Islam
  • Ahli Keluarga Bukan Islam
  • Anak Bukan Islam hasil perkahwinan terdahulu
  • Siapa sahaja dan apa saja organisasi asalkan tidak bertujuan yang melanggar Syarak.
 

Format Wasiat?

 
  1. Dibuat secara bertulis.
  2. Menamakan Individu atau Syarikat Pemegang Amanah sebagai Wasi.
  3. Menamakan Penjaga Harta Anak Bawah Umur.
  4. Menyatakan kaedah Pembahagian Harta termasuk kepada yang bukan Waris.
  5. Pesanan terakhir kepada waris
  6. Ditandatangani oleh Pewasiat di hadapan sekurang-kurangnya dua saksi lelaki.
  7. Diterima oleh Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.


Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat perundingan PERCUMA,
hanya perlu sms/whatsapp/telegram ke 0136741585.
Perancang Harta Pusaka Islam kami akan menghubungi anda semula.
 
Kami juga boleh dihubungi melalui email hibahdanwasiat@gmail.com