Khamis, 21 Ogos 2014

3. DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN


Sebelum harta pusaka dibahagikan samaada mengikut wasiat atau Faraid, suami atau isteri si mati berhak untuk membuat tuntutan harta sepencarian terlebih dahulu. Deklarasi Harta Sepencarian yang disediakan oleh as-Salihin Trustee membolehkan pasangan suami isteri mendokumenkan peratus hak milik masing-masing untuk asset-asset yang dimiliki bersama sepanjang perkahwinan.
 
Dengan adanya Deklarasi Harta Sepencarian ini, suami atau isteri si mati tidak perlu membuat tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah lagi. Ia seterusnya akan mengelakkan terjadinya konflik dengan Waris Faraid yang lain kerana bahagian yang telah diistiharkan dalam Deklarasi Harta Sepencarian ini adalah menjadi hak milik mutlak suami atau isteri si mati dan tidak dikira sebagai harta pusaka. 

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat perundingan PERCUMA,
hanya perlu sms/whatsapp/telegram ke 0136741585.
Perancang Harta Pusaka Islam kami akan menghubungi anda semula.
 
Kami juga boleh dihubungi melalui email hibahdanwasiat@gmail.com